Artikel Kesihatan

Artikel dan berita terkini mengenai penyakit, rawatan dan gaya hidup sihat.
bt_bb_section_bottom_section_coverage_image

Pengesanan Kontak Rapat Covid-19

Pengesanan kontak adalah prosedur untuk mengesan individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19. Proses ini bertujuan untuk membendung penularan penyakit COVID-19 dalam kalangan komuniti dan memudahkan pengawalan penyakit.

  • Pengesanan kes akan dilakukan oleh pegawai kesihatan di Pejabat Kesihatan Derah di mana pesakit akan dihubungi bagi mendapatkan maklumat sejarah perjalanan dan kontak rapat sepanjang 14 hari yang lepas.
  • Semua kontak rapat akan dihubungi bagi mendapatkan status kesihatan.
  • Setelah saringan dan ujian COVID-19 dijalankan, kontak rapat akan dipakaikan gelang dan diberikn borang Home Assessment Tool (HAT) untuk menilai tahap kesihatan harian secara kendiri di rumah.
  • Kontak rapat yang disahkan positif akan dirujuk ke hospital
  • Manakala kontak rapat dengan keputusan negatif akan meneruskan kuarantin 14 hari berdasarkan Seksyen 15 (1) [Akta 342].
  • Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan memantau dan menghubungi kontak tersebut dari semasa ke semasa dalam tempoh 14 hari.
  • Semasa dalam tempoh kuarantin, sekiranya bergejala, kontak rapat tersebut akan dirujuk ke hospital.
  • Kontak rapat yang menjalani kuarantin perlu melakukan ujian COVID-19 kali kedua pada hari ke-13.
  • Kontak yang disahkan positif pada hari ke-13 akan dirujuk ke hospital.
  • Kontak yang disahkan negatif pada hari ke-13 akan diberikan pelepasan dari menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah, Home Surveillance Order (HSO) dan gelang pengawasan akan ditanggalkan oleh pegawai diberi kuasa di Pejabat Kesihatan Daerah pada hari ke-14.

Maksud Kontak Rapat

Kontak rapat kes COVID-19 adalah:

  • Kakitangan kesihatan kontak rapat dengan pesakit COVID-19 tanpamemakai Personal Protective Equipment (PPE) yang lengkap (termasuk semasa merawat pesakit COVID-19, bekerja dengan kakitangan kesihatan yang dijangkiti COVID-19, melawat pesakit atau berada di persekitaran yang tertutup bersama pesakit COVID-19)
  • Pernah berada dengan pesakit COVID-19 dalam ruang/bilik yang sama.
  • Pernah mengambil pengangkutan awam yang sama dengan pesakit COVID-19
  • Berada dalam rumah yang sama dengan pesakit COVID-19

Jenis Ujian Covid-19

  • Rt-PCR: Rt-PCR atau dikenali sebagai Reverse transcriptase Polymerase Chain Reaction adalah ujian konfirmasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengesahkan jangkitan virus COVID-19 pada individu yang disyaki.
  • RTK Ag: Keputusan ujian menggunakan RTK Ag lebih cepat berbanding Rt-PCR. RTK Ag mempunyai tahap sensitiviti 90% dan spesifisiti 100%. Disebabkan itu, RTK Ag boleh digunakan sebagai kaedah alternatif untuk ujian COVID-19. Walaubagaimanapun, RTK-Ag hanya diguna pakai di Malaysia untuk ujian pengesanan COVID-19 sahaja manakala Rt-PCR untuk ujian konfirmasi.
  • RTK Ab: Ujian RTK Ab tidak digunakan untuk pengesanan awal virus COVID-19. Ia sesuai diambil pada hari ke-13 individu kuarantin kerana pada masa ini sistem immun dalam badan seseorang itu akan menghasilkan antibodi apabila terdedah kepada virus. Ujian RTK Ab ini bertujuan untuk mengesan antibodi COVID-19 dalam badan. Hal ini kerana respon antibodi mengambil masa 5 hingga 7 hari untuk terhasil.

Kuarantin

Kuarantin selama 14 hari amat penting walaupun ujian pengesanan COVID-19 kali pertama negatif. Ini adalah kerana tempoh pengeraman virus COVID-19 adalah antara 4 atau 5 hari sehingga 14 hari. Sebanyak 75 peratus kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dikesan positif pada hari pertama dan 25 peratus dikesan positif pada hari ke-13. Oleh yang demikian, adalah wajib setiap individu yang diarahkan kuarantin menjalani kuarantin selama 14 hari bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 di Malaysia. Arahan pelepasan pengawasan dan pemerhatian pada hari ke- 14 akan diberikan sekiranya ujian ulangan kali kedua iaitu pada hari ke-13 adalah negatif.

Semua pengembara warganegara dan bukan warganegara dari luar negara dan memasuki Malaysia mulai 24 Julai 2020 perlu menjalani perintah kuarantin wajib di stesen kuarantin yang telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia, berdasarkan kepada peruntukan di bawah subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Kos kuarantin perlu ditanggung sepenuhnya oleh pengembara kecuali individu yang diberikan pengecualian bayaran kos kuaratin di stesen kuarantin. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diperolehi di laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di pautan berikut :https://http://www.nadma.gov.my/info/panduan-kebenaran- memasuki-malaysia-mulai-24-julai-2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *